Program Kitar Semula

                     Program Kitar Semula  


        Program kitar semula sudah diperkenalkan di negara ini walaupun sudah lama dijalankan di negara-negara maju. Selain dapat mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah, maka program ini perlu dilaksanakan di Malaysia kerana beberapa sebab.



  • Program kitar semula dapat mengatasi masalah pencemaran alam dan suasana yang tidak selesa serta berbau busuk.

  • Sampah yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah juga menimbulkan masalah yang sama dan sekiranya sampah di tempat pelupusan sampah itu dibakar, maka pencemaran udara berlaku.

  • Selain itu, program ini dapat mengatasi masalah tapak pelupusan sampah yang semakin meruncing di bandar-bandar besar. 

  • Program kitar semula dapat menjimatkan penggunaan sumber dan menjimatkan kos kerajaan.

         KOD WARNA TONG KITAR SEMULA

Tong warna BIRU - untuk menyimpan kertas
Tong warna COKLAT - untuk menyimpan kaca
Tong warna JINGGA - untuk menyimpan tin aluminium & plastik