Industri Buah-Buahan Tempatan

   Industri Buah-Buahan Tempatan
           Buah-buahan tempatan atau buah-buahan tropika di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis, saiz, dan bentuk selain mempunyai rasa yang berbeza daripada buah-buahan yang diimport atau buah-buahan dari zon sederhana. Disebabkan buah-buahan ini tidak mendapat pasaran meluas di pasaran antarabangsa, maka usaha-usaha perlu dilakukan untuk memajukan industri buah-buahn tempatan.

  • Salah satu usaha untuk memajukan industri buah-buahan tempatan ialah Kementerian Pertanian dan agensi-agensi tertentu perlu mengadakan promosi di dalam dan di luar negeri.

  • Selain itu, kegunaan buah-buahan tempatan, terutamanya buah-buahan bermusim perlu dipelbagaikan dan diawet supaya tahan lama. Misalnya buah-buahan tempatan ditinkan, dijadikan jus, dijadikan jem, diawet dan dijeruk.

  • Buah-buahan tempatan perlu ditanam secara intensif atau secara ladang.


 


        Kesimpulannya, usaha memajukan industri buah-buahan tempatan perlu dilaksanakan dari sekarang. Dengan itu, industri ini memang menguntungkan pengusahanya, di samping menyediakan peluang pekerjaan.